Sunday 24 June 2012

Laluan Kerjaya: Jurutera Aeroangkasa.

Laluan Kerjaya: Jurutera Aeroangkasa.:

Aeroangkasa adalah bidang yang berkaitan dengan reka bentuk pesawat dan kapal angkasa, sebagaimana di dalam teknologi aeroangkasa.


Manakala bidang aeronautik (aeronautics) merupakan bidang yang berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan dan operasi pesawat terbang.


Menurut Pengerusi Majlis Dekan Aeroangkasa, Dr. Abd. Rahim Abu Talib, keperluan pasaran terhadap tenaga mahir dalam bidang aeroangkasa kini sedang meningkat.

"Kita juga telah menubuhkan sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Dekan Aeroangkasa IPTA yang kini telah dianggotai lima IPTA terkemuka negara untuk tujuan tersebut," ujarnya.
Beberapa IPTA yang telah menunjukkan minat yang mendalam adalah UPM, USM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

No comments:

Post a Comment